Tuesday, May 4, 2010

Senyum Tanda Syukur

Alhamdulillah masa yang ditunggu akhirnya tiba jua akhirnya. Bagi seorang yang bergelar pelajar, masa yang ditunggu2 adalah masa dimana Exam tiba. Seperti pelajar lain aku pun ternanti-nanti ketibaan hari yang penuh dengan debaran. Disinilah aku akan diuji kemampuan ku. Sejauh mana aku paham setiap ucap kata yang di ajar oleh guru yang bergelar Pensyarah. Pada 21/4 hari bulan, tarikh keramat bagiku di mana exam bermula. Seperti biasalah study mesti last minute. Syukur kepada Allah aku mampu untuk melaluinya. Exam inilah yang akan aku semat dalam jiwa ku dimana, inilah kali terakhir aku akan menduduki exam untuk IJAZAH SARJANA MUDA MATEMATIK PENGURUSAN. Aku harap aku lulus dengan jayanya n x payah buat supp untuk lulus...Pada 2/5 paper terakhir yang aku ambik iaitu paper Organization Behavior. Agak susah jugak sebab apa yang di baca x bnyak yang keluar. Tapi aku tetap keluar awal sebab x sabar nak abiskan paper yang terakhir nie. Masa aku tulis nie aku dah ada kat umah mek n abah aku kat kampung Paloh Rawa. Aku SENYUM TANDA SYUKUR kerana telah banyak cabaran yang terpaksa aku tempuhi untuk sampai ketahap nie. Jangan behenti berusaha selagi kta mampu untuk menempuhinya. Isyaallah Allah akan sentisa membantu hambanya yang memerlukan pertolongan. Amminn...