Jam sudah menunjukkan 9.30 malam. Setelah selesai solat isyak berjamaah di Masjid An-nur, aku terus pulang untuk meneruskan ulangkaji pelajaran. Aku tidak mahu berpeleseran ke sana sini sedangkan dalam hatiku merayu supaya aku pulang untuk meneruskan ulangkaji yang masih banyak untuk aku habiskan. Sebelum pulang tadi En. Rashid sempat berpesan padaku. " Sentiasa tabah dan sabar dengan dugaan Allah, berdoalah agar segala urusan kita diredhainya" kata En. Rashid. En. Rashid sentiasa mengingatkan aku agar aku tidak terleka dengan setiap duniawi semata. Kedua-duanya harus seimbang. Disinilah pentingnya pegangan agama pada aku. Jika tidak tersesat aku dalam kehidupan dunia yang sementara ini.
Setelah sampai di rumah aku terus menukar pakain solatku dan meneruskan ulangkaji. Semester ini adalah semester terakhir. aku harus bekerja keras. Ini semua penting untuk kejayaan ku dalam dunia pekerjaan kelak. Yang berbeza daripada dunia belajar yang kutempuhi sekarang ini. Zaman kemanisan hidup remaja yang datang sekali seumur hidup. Jangan jadikan alasan itu untuk kita hidup bebas tanpa mengikut landasan yang telah ditetapkan Islam. sentiaslah bermuhasabah diri dan dekatkan diri kita kepada Allah.
Sedar tidak sedar jam sudah menunjukkan 12.30 malam. Aku membuat kepurusan untuk tidur. Walaupun masih banyak yang perlu dibaca namun rehat amat penting. Jika kurang tidur kita akan letih dan susah untuk mengulangkaji pelajaran. Sesetengah pelajar sanggup tidak tidur semata-mata untuk mengulangkaji pada waktu malam dan setelah hendak masuk waktu subuh mata mula rebah dan terus tidur tanpa menunaikan solat subuh. Bukan ini yang aku mahukan. aku mahu keduanya. Iaitu berjaya dalam pelajaran dan sentiasa diredhai Allah. Apa gunanya berjaya dalam hidup di dunia kemudian merana di akhirat kelak. Ini bukan apa yang diiginkan dalam islam. Dunia dan akhirat hendaklah sama., barulah hidup tenang dan bahagia.
No comments:
Post a Comment