Tuesday, March 9, 2010

Seharum Cintamu Epsd 1


Allahhuakbar...Allahuakbar..

Azan yang berkumandang mengejutkanku dari mimpi yang mengasyikkan. Berat kurasakan untuk bangun dari katil,namun kugagahkan jua kaki untuk bangun."Perasaan malas kalau dilayan makin teruk",tergiang-giang suara merdu ibu diteligaku. Ibu selalu berpesan pada ku,setiap perbuatan yang dilakukan mestilah dilakukan dengan seikhlas yang mampu. Barulah setiap perbuatan itu dirahmatinya.

Sejuk kurasakan pada pagi ini,kurasakan bagai salji menyelimuti tubuhku. Setelah siap berwuduk, ku terus solat subuh. Mataku sangat berat kurasakan,semalam aku tidur lewat untuk menyelesaikan kerja-kerja yang diarahkan oleh pensyarahku. Setelah siap menyelesaikan tugasan yang diberikan ku terus tidur,kira-kira pukul 3 pagi. Aku tidak mahu dikatakan pemalas oleh En. Rashid, kerana tugasan itu telah diberikan seminggu yang lepas. Seperti pelajar lain,aku juga suka menagguh-nangguh kerja. Akibatnya aku hampir ponteng ke kelas hari ini.

Jam sudah menunjukkan pukul 7 pagi. Beg galas yang berada diatas kerusi terus ku gapai. Biasanya utuk sampai ke Universiti mengambil masa kira-kira 15 minit. Sengaja aku bertolak awal hari ini, aku mahu ke taman dahulu itu menghirup udara segar, sambil memerhatikan orang yang ada di sana. Sungguh tenang pada pagi begini,kurasakan sungguh indah tanpa sebarang masalah yang timbul. Semenjak ku melangkan kaki ke universiti semua kenangan dikampung berlegar-legar dikepala. Macam mana keadaan keluargaku dikampung. Tidak lama lagi aku akan menamatkan pengajian ku diperingakat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Matematik. Jika diberikan peluang aku mahu sambung pengajian ku keperingkat yang tertinggi. Moga impianku akan terlaksana.

No comments: