Friday, March 26, 2010

Seharum Cintamu Epsd 2

Jam tangan Casio yang berada ditangan kiriku sudah menunjukkan pukul 7.30 pagi. Kelas akan bermula pada pukul 8 pagi, ada lebih kurang 30 minit lagi. Aku terus menuju ke motorsikalku yang letaknya 20 meter dari tempat ku berada sekarang. Aku tidak mahu lewat hari ini, biasanya akulah orang yang paling lewat ke kelas. Tapi hari ini aku mahu memulakn sesuatu yang baru hari ini. Aku mahu sampai awal hari ini.

Setelah meletakkan motorsikalku berhampiran masjid, dimana semua pelajar diarahkan meletakkan motosikal mereka  di sana. Aku terus melangkah dengan pergerakan yang paling pantas boleh aku lakukan. Dadaku berdebar, sesuatu yang aneh yang akan berlaku ku rasakan. Aku berharap semuanya dalam keadaan yang baik. Nampaknya misi ku untuk datang awal pada hari ini berjaya. Semua yang ada di dalam kelas kehairanan melihatku. " Kau mimpi ka hari ni Fariz, awal kau datang hari ni. Biasanya kau lah orang yang terakhir sampai ke kelas."Sapa Zul. Dengan malu-malu, aku terus duduk dibelakangnya. Zul adalah kawan baik ku, kami selalu bersama untuk menyiapkan tugasan yang diberikan. Dia adalah pelajar yang pintar, tapi kurang aktif dalam aktiviti luar kelas.

"Fariz kau dah siap belum tugasan yang diberikan oleh En.Rashid?", Firdaus yang berada disebelah ku bertanya. " Belum",sengaja aku mahu menguji." Belum?",tanya Firdaus dengan penuh persoalan dimindanya. dia tahu aku tidak pernah lewat untuk mengantar tugasan yang diberikan oleh pensyarah. Walupun aku tidak sepintar Zul,namun tugasan yang diberikan tetap kusiapkan dengan sempurna. " Aku dah siap, semalam aku buat.Kau dah siap kebelum?, tanya ku." Belum lagilah, semalam aku pergi tengok bola,bila balik terus tidur. Perlawanan bola habis pukul 5 pagi. Habislah aku kali ni", suara ketakutan keluar dari mulut Firdaus.

Kelas pada pagi itu riuh apabila seorang pensyarah datang dan memberitahu bahawa En.Rashid kemalangan. Keadaanya sudah stabil tapi buat sementara waktu dia ditahan diwad selama seminggu.Selama tempoh itu kelas Fuzzy terpaksa ditangguhkan buat sementara waktu.kami semua bercadang untuk pergi melawat En.rashid pada petang harinya. Mungkin ini dugaan yang mesti kami tempuhi. Moga kami semua menginsafi apa jua yang telah berlaku. Kita hidup dibumi ciptaan Allah SWT hanyalah sementara,setiap dugaan dan ranjau dalam kehidupan sehari-hari patut dihayati dan diteladani untuk masa akan datang. Moga En. Rashid cepat sembuh agar pembelajaran kami tidak tergendala. Peperiksaan akhir akan menjelma tidak lama lagi, kami memerlukan beliau untuk meminpin kami.

No comments: