Wednesday, August 11, 2010

Praktikal oh Praktikal

Alhamdullilah hari nak masuk minggu ke 5 untuk praktikal n hari nie adalh hari di mana semua umat islam menyambut kedatangan bulan ramadhan....Tapi satu yang merungsingkan adalh bila projek x bt g...entah apa yang mau di buat...Hari2 duk main internet jer kejanya...kat  cn rata2 bleh dikategorikan akak n abang..xde yang lagi muda dari aku....mula2 masuk ari 2 rasa risau gak, macam mana nak adapt ngan situation kat sini...lama2 sma jadi ok macam biasa jer.....masalah kat pejabat nie xde sgt benda kecik jelah...dalam perancangan nak bt pasal kedatangan pelancongan ke negeri perlis...data dah ada tapi bl nak start 2 yang masalah utama...Rasanya aku dah xde byk masa dah skrg nie...Nie dah masuk bln puasa...masal nie masa utk beribadat n tenangkan hati.. stakat nie dulu...salam...

Tuesday, July 13, 2010

New Place

Pada 5 Julai 2010, aku start untuk praktikal kat Jabatan Kementerian Pelancongan Malaysia Negeri Perlis. Bleh kata best gak la...tempat baru la kan...still dalam process untuk adapt dgn situation kat sini...view kat sini cntik gak...menghadap laut..... Macam2 aku blajar kat sini yang xde masa aku blajar dulu kat UiTM....Syukur sangat kerja kat sini, sma staff ramah2 AND senang  untuk menolong klu x paham utk buat kerja...

Tuesday, May 4, 2010

Senyum Tanda Syukur

Alhamdulillah masa yang ditunggu akhirnya tiba jua akhirnya. Bagi seorang yang bergelar pelajar, masa yang ditunggu2 adalah masa dimana Exam tiba. Seperti pelajar lain aku pun ternanti-nanti ketibaan hari yang penuh dengan debaran. Disinilah aku akan diuji kemampuan ku. Sejauh mana aku paham setiap ucap kata yang di ajar oleh guru yang bergelar Pensyarah. Pada 21/4 hari bulan, tarikh keramat bagiku di mana exam bermula. Seperti biasalah study mesti last minute. Syukur kepada Allah aku mampu untuk melaluinya. Exam inilah yang akan aku semat dalam jiwa ku dimana, inilah kali terakhir aku akan menduduki exam untuk IJAZAH SARJANA MUDA MATEMATIK PENGURUSAN. Aku harap aku lulus dengan jayanya n x payah buat supp untuk lulus...Pada 2/5 paper terakhir yang aku ambik iaitu paper Organization Behavior. Agak susah jugak sebab apa yang di baca x bnyak yang keluar. Tapi aku tetap keluar awal sebab x sabar nak abiskan paper yang terakhir nie. Masa aku tulis nie aku dah ada kat umah mek n abah aku kat kampung Paloh Rawa. Aku SENYUM TANDA SYUKUR kerana telah banyak cabaran yang terpaksa aku tempuhi untuk sampai ketahap nie. Jangan behenti berusaha selagi kta mampu untuk menempuhinya. Isyaallah Allah akan sentisa membantu hambanya yang memerlukan pertolongan. Amminn...

Saturday, April 17, 2010

Seharum Cintamu Epsd 3

   Pagi ini sangat ceria aku rasakan. En. Rashid dah sembuh, beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pelajar yang telah melawat beliau di hospital. Senang hati ini kurasakan bila subjek yang diajar oleh En Rashid kembali disambung kelasnya setelah En.Rashid masuk hospital.

    Nampaknya kami perlu bekerja keras, peperiksaan akhir akn berlangsung tidak lama lagi. Di sinilah bermulanya segalanya. Sejauh mana kesabaran seseorang itu. Bermacam masalah akan timbul. Segala terserah pada kami sendiri untuk menempuhinya. Aku yakin Allah akan sentiasa membantu hambanya yang memerlukan pertolongan daripadanya.Aku ingat lagi Ustaz Ahmad pernah berpesan bahawa orang yang lemah sahaja yang akan tunduk akan dugaan yang mendatang. Setiap ujian yang diberikan ada hikmahnya.

  Pada petang itu akan pergi berjumpa dengan En.Rashid bagi membuat persedian untuk peperiksaan yang akan kunjung tiba. Keadaan yang hingar dengan bunyian suara pelajar yang sedang membuat perbincangan memecahkan keheningan di bangunan pensyarah yang teletak tidak jauh daripada bangunan tempat untuk pelajar belajar. Nampaknya dah masuk pukul 3 petang, aku perlu segera brjumpa dengan En.Rashid. aku berjanji untu berjumpanya pukul 2.30 petang, tapi aku terlewat sampai kerana ada urusan yang lebih penting untuk diuruskan.

  Semasa aku sampai En.Rashid menyambut ku dengan senyuman manis yang terukir dibibir. Bibit kemesraan muncul dalam hati."Assalamualaikum",sapaku. "Waalaukummussalam, jemput duduk.", dengan mesra balasan salam ku dijawab. " Macam mana keadaan Encik sekarang", tanyaku memulakan bicara. " Alhamdullilah,saya semakin pulih.",balas En. Rashid. Setelah menanyakan serba sedikit apa yang telah berlaku pada beliau, aku terus memberitahu tujuan aku datang untuk berjumpa denganya. Beginilah aktiviti yang aku lakukan setiapkali peperiksaan akhir tiba. Aku mahu betul-betul faham setiap subjek yang aku ambil setiap semester. " Terima Kasih Encik Rashid kerana sudi meluangkan masa untuk saya." ucapku. Jam tangan ku sudah menunjukkan pukul 4. petang. Setelah bersalaman,aku terus beredar keluar daripada bilik En.Rashid.

Friday, April 16, 2010

Last Class For Degree Mathematic Management

Hari nie 16/4/2010...Begitu banyak dugaan yang aku lalui...Hari amat bermakna bagiku. Hari ini hari terakhir aku ke kelas, sem depan dah praktikal. Maknanya aku dah xde class dah lepas nie...aku harap aku lulus semua subjek sem nie... Happy sangat bila dah masuk hari terakhir untuk kekelas bagi ijazah. Sedih plak rasa bila Dr. mahmood cerita tentang kisah hidup dia...Aku rasa aku lagi teruk daripada dia..Aku nie degil sangat dulu...Sekarang ini aku semakin matang dalam membuat keputusan...Umur dah semakn meningkat, tapi hidupku masih belum lagi stabil. Banyak lagi nak kena fikir. Angan2 nak sambung belajar sampai dapat PHD. Kalau ada rezeki tak kemana kata orang...doa2kanlah...Exam dah makin dekat, kerja masih banyak lagi x settle. Sem depan praktikal, tapi x tau lagi macam mane...Happy pun ada, takut pun ada. Nanti kena attend untuk senior punyapresentation. Moga bleh bagi idea untuk buat praktikal nanti....

Friday, March 26, 2010

Seharum Cintamu Epsd 2

Jam tangan Casio yang berada ditangan kiriku sudah menunjukkan pukul 7.30 pagi. Kelas akan bermula pada pukul 8 pagi, ada lebih kurang 30 minit lagi. Aku terus menuju ke motorsikalku yang letaknya 20 meter dari tempat ku berada sekarang. Aku tidak mahu lewat hari ini, biasanya akulah orang yang paling lewat ke kelas. Tapi hari ini aku mahu memulakn sesuatu yang baru hari ini. Aku mahu sampai awal hari ini.

Setelah meletakkan motorsikalku berhampiran masjid, dimana semua pelajar diarahkan meletakkan motosikal mereka  di sana. Aku terus melangkah dengan pergerakan yang paling pantas boleh aku lakukan. Dadaku berdebar, sesuatu yang aneh yang akan berlaku ku rasakan. Aku berharap semuanya dalam keadaan yang baik. Nampaknya misi ku untuk datang awal pada hari ini berjaya. Semua yang ada di dalam kelas kehairanan melihatku. " Kau mimpi ka hari ni Fariz, awal kau datang hari ni. Biasanya kau lah orang yang terakhir sampai ke kelas."Sapa Zul. Dengan malu-malu, aku terus duduk dibelakangnya. Zul adalah kawan baik ku, kami selalu bersama untuk menyiapkan tugasan yang diberikan. Dia adalah pelajar yang pintar, tapi kurang aktif dalam aktiviti luar kelas.

"Fariz kau dah siap belum tugasan yang diberikan oleh En.Rashid?", Firdaus yang berada disebelah ku bertanya. " Belum",sengaja aku mahu menguji." Belum?",tanya Firdaus dengan penuh persoalan dimindanya. dia tahu aku tidak pernah lewat untuk mengantar tugasan yang diberikan oleh pensyarah. Walupun aku tidak sepintar Zul,namun tugasan yang diberikan tetap kusiapkan dengan sempurna. " Aku dah siap, semalam aku buat.Kau dah siap kebelum?, tanya ku." Belum lagilah, semalam aku pergi tengok bola,bila balik terus tidur. Perlawanan bola habis pukul 5 pagi. Habislah aku kali ni", suara ketakutan keluar dari mulut Firdaus.

Kelas pada pagi itu riuh apabila seorang pensyarah datang dan memberitahu bahawa En.Rashid kemalangan. Keadaanya sudah stabil tapi buat sementara waktu dia ditahan diwad selama seminggu.Selama tempoh itu kelas Fuzzy terpaksa ditangguhkan buat sementara waktu.kami semua bercadang untuk pergi melawat En.rashid pada petang harinya. Mungkin ini dugaan yang mesti kami tempuhi. Moga kami semua menginsafi apa jua yang telah berlaku. Kita hidup dibumi ciptaan Allah SWT hanyalah sementara,setiap dugaan dan ranjau dalam kehidupan sehari-hari patut dihayati dan diteladani untuk masa akan datang. Moga En. Rashid cepat sembuh agar pembelajaran kami tidak tergendala. Peperiksaan akhir akan menjelma tidak lama lagi, kami memerlukan beliau untuk meminpin kami.

Tuesday, March 9, 2010

Keunggulan Cinta


Alhamdullillah akhirnya,saya mampu untuk untuk membuat blog saya sendiri...moga dgn membuka blog ini mampu menghasilkan idea yg bagus dan bernas..

Seharum Cintamu Epsd 1


Allahhuakbar...Allahuakbar..

Azan yang berkumandang mengejutkanku dari mimpi yang mengasyikkan. Berat kurasakan untuk bangun dari katil,namun kugagahkan jua kaki untuk bangun."Perasaan malas kalau dilayan makin teruk",tergiang-giang suara merdu ibu diteligaku. Ibu selalu berpesan pada ku,setiap perbuatan yang dilakukan mestilah dilakukan dengan seikhlas yang mampu. Barulah setiap perbuatan itu dirahmatinya.

Sejuk kurasakan pada pagi ini,kurasakan bagai salji menyelimuti tubuhku. Setelah siap berwuduk, ku terus solat subuh. Mataku sangat berat kurasakan,semalam aku tidur lewat untuk menyelesaikan kerja-kerja yang diarahkan oleh pensyarahku. Setelah siap menyelesaikan tugasan yang diberikan ku terus tidur,kira-kira pukul 3 pagi. Aku tidak mahu dikatakan pemalas oleh En. Rashid, kerana tugasan itu telah diberikan seminggu yang lepas. Seperti pelajar lain,aku juga suka menagguh-nangguh kerja. Akibatnya aku hampir ponteng ke kelas hari ini.

Jam sudah menunjukkan pukul 7 pagi. Beg galas yang berada diatas kerusi terus ku gapai. Biasanya utuk sampai ke Universiti mengambil masa kira-kira 15 minit. Sengaja aku bertolak awal hari ini, aku mahu ke taman dahulu itu menghirup udara segar, sambil memerhatikan orang yang ada di sana. Sungguh tenang pada pagi begini,kurasakan sungguh indah tanpa sebarang masalah yang timbul. Semenjak ku melangkan kaki ke universiti semua kenangan dikampung berlegar-legar dikepala. Macam mana keadaan keluargaku dikampung. Tidak lama lagi aku akan menamatkan pengajian ku diperingakat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Matematik. Jika diberikan peluang aku mahu sambung pengajian ku keperingkat yang tertinggi. Moga impianku akan terlaksana.

Khabar Seagama

Assalamualikum...Apa khabar sahabat2 sekalian..Nampaknya masing2 sibuk dgn aktiviti masing2..almaklumlah semester nie dah hampir ke penghujungnya. Byk kenanagan manis, pahit dan indah yang telah dilalui..Tapi sejauh mana kita menghayati setiap perkara yang telah kita lalui sehari2. Brsyukur pada Allah S.W.T, dgn limpah dan rahmatnya..kita masih hidup di ats bumi cipataannya ini..Moga dgn berkat dan izinnya kita mampu utk terus sujud dan mengikut perintahnya...Insyaalah..