Saturday, April 17, 2010

Seharum Cintamu Epsd 3

   Pagi ini sangat ceria aku rasakan. En. Rashid dah sembuh, beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pelajar yang telah melawat beliau di hospital. Senang hati ini kurasakan bila subjek yang diajar oleh En Rashid kembali disambung kelasnya setelah En.Rashid masuk hospital.

    Nampaknya kami perlu bekerja keras, peperiksaan akhir akn berlangsung tidak lama lagi. Di sinilah bermulanya segalanya. Sejauh mana kesabaran seseorang itu. Bermacam masalah akan timbul. Segala terserah pada kami sendiri untuk menempuhinya. Aku yakin Allah akan sentiasa membantu hambanya yang memerlukan pertolongan daripadanya.Aku ingat lagi Ustaz Ahmad pernah berpesan bahawa orang yang lemah sahaja yang akan tunduk akan dugaan yang mendatang. Setiap ujian yang diberikan ada hikmahnya.

  Pada petang itu akan pergi berjumpa dengan En.Rashid bagi membuat persedian untuk peperiksaan yang akan kunjung tiba. Keadaan yang hingar dengan bunyian suara pelajar yang sedang membuat perbincangan memecahkan keheningan di bangunan pensyarah yang teletak tidak jauh daripada bangunan tempat untuk pelajar belajar. Nampaknya dah masuk pukul 3 petang, aku perlu segera brjumpa dengan En.Rashid. aku berjanji untu berjumpanya pukul 2.30 petang, tapi aku terlewat sampai kerana ada urusan yang lebih penting untuk diuruskan.

  Semasa aku sampai En.Rashid menyambut ku dengan senyuman manis yang terukir dibibir. Bibit kemesraan muncul dalam hati."Assalamualaikum",sapaku. "Waalaukummussalam, jemput duduk.", dengan mesra balasan salam ku dijawab. " Macam mana keadaan Encik sekarang", tanyaku memulakan bicara. " Alhamdullilah,saya semakin pulih.",balas En. Rashid. Setelah menanyakan serba sedikit apa yang telah berlaku pada beliau, aku terus memberitahu tujuan aku datang untuk berjumpa denganya. Beginilah aktiviti yang aku lakukan setiapkali peperiksaan akhir tiba. Aku mahu betul-betul faham setiap subjek yang aku ambil setiap semester. " Terima Kasih Encik Rashid kerana sudi meluangkan masa untuk saya." ucapku. Jam tangan ku sudah menunjukkan pukul 4. petang. Setelah bersalaman,aku terus beredar keluar daripada bilik En.Rashid.

No comments: